Awal cuti dah balik ke Seremban. Banyak persiapan yang nak dibuat kerana Iwan..anak buah akan melangsungkan akad nikahnya di Penang pada 27/11 bersamaan 1 Muharam.Letih nak berulang alik...aku tidur saja dirumah kak Yah.
Awal2 buat hantaran. Nasib baik hari seterusnya Dik An..kembar aku datang untuk menolong sama. Lajulah lagi idea dan akhirnya siaplah hantaran dengan hiasan bilik pengantin lagi...pakej....
Malam sebelum ke Penang..Sg.Bakap. buat kenduri tahlil,doa selamat dirumah abang Ya. Esoknya ke Puchong dulu sebelum bertolak ke Penang. Konvoi 4 kereta...Long, Edi, Lini dan aku. Persinggahan di R&R Bukit Gantang..LOng belanja makan durian.sebab nak tunaikan janji dengan apak....sebab makan durianlah mak dapat ikut ke Penang...cemas juga apak tak nak pergi disaat2 akhir nak bertolak ke KL. Punyalah sedap..durian. rambutan, cempedak...pisang..macam kat dusunlah pulak...
Perjalanan diteruskan hingga ke Penang. Nasib baik anakku Hasif balik dari UiTM nya..dia yang drive sepanjang jalan. Tapi balik nanti kena drive sendiri sebab Hasif balik naik bas dari penang.
Sampai di penang...pukul 12tgh malam.
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI..
10 years ago
No comments:
Post a Comment