Monday, March 26, 2012

25 TEKA-TEKI TERBAIK..JOM LAYAN!!!


Kalau mengantok bacalah teka teki ni….

Dalam Banyak2 air, air apa yg paling berani? Ha.Ha. Ape bende tu? Kalau nak tahu, jawapannya ialah air kopi.. eh.. eh takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun.. sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak-banyak binatang, binatang apa keluar haid… nak tau cari sendiri.. takdok eh..
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD..saja buat lawak..tak paham jugak. ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan, seorg ahli silap mata tela memijak kaca dengan tapak kakinya.. Tetapi dia x mengalami kelukaan.. lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga.. apabila selesai persembahan dia jln terhencut2 kerana terpijak tahi ayam…hehehe… ok x … lawak x…

Dlm bnyk2 binatang, binatang ape yg bertelur dan beranak? kira 2 alam la niiii. ha jawap2. nak tau jawapanye? siput babi laaaaa. ye la siput bertelur, babi beranak. kenape x percaye ye?

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapaaaaaaannya ialah Sungai Besi… Ha ha ha… lawak tak… alahhhh, lawaklah ye..

Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha.. jawablah.
-saya bagi 2 saat.
-…..1 saat
-…..2 saat
oklah jawapannya adalah motor, sebab motor pakai tongkat…MUAHAHAHA-….. WASSALAM

Dlm banyak-banyak pokok, pokok apa yg baik hati? aku tak sanggup dah tengok sure hampa teriak. kuaq ayaq mata ooo…… jawapan dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…keh keh keh.. jawab jgn tak jawab.. nak tau apa. huruf TA dan YA laa…kan jadi TAYAR tu.. HEHEHE

Nih aku nak teka ni…kasut apa yang paling keras?? haa.. pikiaq2.. apa? kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha.. lawak ka????

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak. apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti? jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu.. mane huruf yang boleh kahwin.. ahhh sape dapat jawab???? senang jer… tahu tak jawapannya? aahh jawapannya ialah… huruf i ngan u lerrr.. hehehehehe. nih antara pasangan bercinta lerrr. hehehehe

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india, jadi apa? orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian.. lepas tu di bagi pulak pada 3 org.. baper seorang dapat? kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan.. jawapannya sorang dapat sebiji limau ler.. sbb sama gak ko potong atau tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji

Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun dah? kui..kui..kui jwpn dia umuq la.ish…ish..ish hampa ni

Murid1: Cikgu, Sungai seget di mana?
Cikgu: …..(Diam jer).
Murid2: Ha kau balik rumah nanti kau pergi tanya mak kau. Ajak pergi bercuti sekali kat sana.
Bila dirumah.
Murid1: Emak! Sungai seget kat mana? Jom kita gi bercuti!.
Emak: Palahotakko! Sape yang nak cuti kat tepi parit tu! (Sungai seget tu kat JB. Sape yang dok JB tau la kat mana sungai seget tu)

Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan demikian lagi. Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun jadi driver kereta jenazah… faham faham aje lah.

Cuba teka, mouse komputer, jantan ke betina? jawapannye betina ler.. pasal dia pakai pad. hehe

Ada sekor gajah dan sekor kancil, berjalan2 dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah… Gajah patah apa rasanya ya? Gajah PATAH BALIK kot!

Dalam banyak banyak lembu, lembu apa yang semua petani cari, (any answer?)…. lembu yang hilang lah ngok. kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa di dalam laut paling tua. jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut.. ha ha ha ha

Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri? Jawab2 jangan tak jawab. Ape? tak tahu jawapannye la senang je jawapannye tapak kaki la……

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu… jawapannyer: ikan sardin. sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU? JAWAB.. JAWAB JGN TAK JAWAB.. DUA-DUA..? SALAHLA.. TAK TAHU.. TENTULAH HIDUNG..

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG? HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU.

TEKA TEKI DARI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ):
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. BagaImamapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalahMENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahu a’lam

TEKA TEKI DARI IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ):
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. BagaImamapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalahMENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahu a’lam

Pernah tak kita bermimpi sesuatu yang indah
Kita tetapkan tekad untuk mencapai keindahan itu
Tapi entah camne impian itu tak tercapai

Berikut sepertimana yang ditulis oleh Paolo Coelho di dalam blog beliau
Ini sekadar perkongsian untuk kita saling menilai setakat mana kuatnya tekad kita dalam mengejar impian hidup kita







Gejala-gejala pembunuh impian akan kelihatan di dalam rutin seharian kita, walau tanpa kita sedari. Berikut adalah di antara gejala yang perlu kita risaukan apabila kita dalam usaha mengejar impian hidup :

1) Gejala pertama dalam proses membunuh impian kita ialah apabila kita sering merasa kekurangan masa. Sesungguhnya, orang yang paling sibuk sebenarnya sentiasa mempunyai masa yang cukup untuk melakukan segala-galanya. Manakala, orang yang tidak melakukan apa-apa akan sentiasa letih dan sebenarnya mereka tidak menyedari bahawa kerja yang mereka lakukan hanyalah sedikit sahaja. Mereka sentiasa mengadu bahawa hari itu adalah terlalu pendek. Sebenarnya, mereka ini menakuti cabaran dalam menuju kejayaan ie fearing a good fight.

2) Gejala kedua yang menuju ke arah kematian impian terletak padakepastian/ ketetapan diri individu. Bagi mengelakkan diri dari melalui cabaran yang sukar dan besar, kita mula memikirkan diri kita sebagai orang yang bijak dan adil serta merasakan segalanya sudah mencukupi tanpa perlukan sesuatu yang lebih. Dari ruang lingkup kita yang selesa itu, kita sentiasa melihat kesengsaraan, keletihan dan kekalahan orang lain dalam mengejar impian mereka. Tetapi kita sering mengabaikan saat kegembiraan, kemerdekaan dan kegirangan apabila mereka berjaya menempuh dugaan dan pertempuran itu. Kita tidak melihat penghujung jalan, kita hanya meneliti kesukaran perjalanan. Kadang kala, kemenangan atau kekalahan bukan pengukur utama, tetapi perjuangan itu adalah elemen yang penting.

3) Dan, akhirnya, gejala ketiga kemusnahan impian adalah ketenangan dalam kehidupan. Kehidupan menjadi satu petang Ahad; iaitu hari di mana kita bersenang lenang tanpa berbuat apa-apa dan kita berhenti berusaha untuk mendapat lebih dari yang ada dan untuk tidak meminta lebih dari apa yang mampu kita berikan. Kita merasakan diri kita sebagai telah matang dan mula merehatkan impian hidup kita dan hanya mencari kejayaan peribadi dan profesional. Apabila ada di antara rakan-rakan yang mengejar kejayaan lebih dari itu, kita merasakan bahawa mereka tidak matang. Sebenarnya, kita yang tidak matang kerana telah berundur dari medan perang dalam mengejar kejayaan impian hidup kita.

Sebenarnya, apabila kita mula menidakkan impian hidup kita dan mencari kedamaian, kita hanya akan melalui satu tempoh ketenangan yang singkat. Apabila impian itu mula mati dan mereput di dalam diri kita, kita akan merasakan kesakitannya dan kemudian kita akan cuba melampiaskan kesakitan tersebut dengan bersikap kasar dan kejam pada yang ada di sekeliling kita. Akhirnya kekejaman dan kekasaran itu akan memakan diri kita sendiri. Pada ketika ini, apa yang kita takuti selama ini, akan kembali meghantui kita iaitu kegagalan dan kekalahan.

So rakan-rakan sekalian, apakah api impian hidup kita masih menyala ataupun telah kita padamkan?
Jika masih menyala, segeralah bertindak dan berkorban untuk masa depan.
Jangan biarkan diri terkorban awal tanpa sebarang tindakan.

Asal terang siang bermula dari gelapnya malam.
Tiada kesenangan tanpa sedikit pengorbanan.

Jom ubah hidup kita secara total.

10 JENIS MAKANAN ANTIKOLESTEROL


  1. SOYA
    Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
  2. KUACI
    Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
  3. BUAH KERING
    Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
  4. EPAL
    Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
  5. IKAN TUNA
    termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
  6. KACANG TANAH
    Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
  7. MANGGA
    Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
  8. KISMIS
    Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
  9. OAT
    Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
  10. JAMBU BATU
    Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Wallahu a’lam